Our Recent Posts

Archive

Tags

No tags yet.

Boost Futsal Cup 14 July 2018

Boost Futsal Cup telah melabuhkan tirai pada 14 Julai yang lalu. 32 pasukan beraksi bagi merebut hadiah yang ditawar Boost Money keseluruhan RM 7700. Bermula pada jam 9.45 pagi perlawanan sengit diantara pasukan yang cukup terkenal dikalangan peminat futsal Malaysia. Diantaranya Sinchan Fc, Tot Fc, Mac Fc dan banyak lagi. Keputusan perlawanan menyaksikan pasukan MYG FC berjaya merangkul juara setelah menewaskan TOT United A. Manakala tempat ke 3 & 4 milik Habiel66 UDF & Sinchan FC. Penjaring gol terbanyak dinobatkan kepada Ahmad Azim Mohamad dari TOT United B sebanyak 11 jaringan. Penjaga Gol terbaik memihak kepada Ashraf Daud dari MYG FC. Pemenang pemain terbaik jatuh kepada Muhd Zairie Syafiq juga dari MYG FC.

Sepanjang Kejohanan berlangsung, pemain juga berpeluang untuk memenangi ganjaran RM 5 dari “Boost money” dengan menyertai tendangan penalty. Pemain juga boleh membuat pembayaran melalui Boost di kaunter Sports Planet untuk pembelian air dan gelanggang futsal dengan hanya mengimbas kod QR. Terdapat banyak lagi ganjaran yang disediakan oleh pihak Boost kepada mereka yang mengunakan transaksi pada hari tersebut. Kejohanan Boost Futsal Cup berakhir jam 2.45 petang setelah majlis penyampaian hadiah yang cukup meriah.


 

Level 16, Block B North Point, Midvalley City No.1, Medan Syed Putra Utara, 59200 WP Kuala Lumpur, Malaysia

©2002 - 2018 by Sports Planet Malaysia.